Alat Muzik Bertali

Pipa

Pengenalan
Pipa ialah alat bertali yang mempunyai 4 tali logam. Badan diperbuat daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat pada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras di sisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina dan juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Pipa dipegang untuk berdiri atas paha pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic apabila tali-tali dipetik.

Gambar Persembahan Pipa




Tayangan Video


Sila rujuk laman web berikut untuk menonton tayang video lain tentang persembahan Pipa
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guzheng


Pengenalan
Guzheng ialah alat muzik yang berasal dari China sekitar 2.000 tahun yang lalu. Guzheng juga dikenali sebagai Qin Zheng kerana berasal dari Dinasti Qin. Alat muzik ini juga popular pada masa Dinasti Tang (618-907 M), dan merupakan instrumen yang paling umum untuk dimainkan di Tiongkok. Guzheng berbentuk seperti kotak yang cembung dan diperbuat daripada kayu sebagai kotak suara, Di atasnya terbentang 21 senar. Di tengah senar tersebut ditempatkan Qin Ma yang dapat digeser untuk menaikan atau menurunkan frekuensi nada.

Cara bermain
Guzheng dimainkan dengan cara dipetik. Jari-jari untuk memetik perlu memakai alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik. Teknik yang digunakan dalam memainkan Guzheng di mana tangan kanan pada umumnya digunakan untuk memainkan melodi, manakala tangan kiri digunakan untuk memainkan chord.

Gambar Persembahan Guzheng

Tayangan Video


Sila rujuk laman web berikut untuk menonton tayang video tentang persembahan Guzheng
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yangqin

                                         

Pengenalan
Yangqin merupakan alat muzik tradisional Cina yang jenis ziter. Yangqin mempunyai banyak tali. Badan diperbuat daripada kayu dalam bentuk rama-rama. Setiap pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktaf semuanya, 2 hingga 6 set kekuda titian tali diperbuat daripada kayu. Pemulas selaras dari logam didapati di kedua-dua belah kotak suaranya.

Fungsi
Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

Cara Bermain
Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh yang berbentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.

Gambar Persembahan Yangqin

Tayangan Video


Sila rujuk laman web berikut untuk menonton tayang video lain tentang persembahan Yangqin
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Liuqin


Pengenalan
Liuqin ialah alat tali petikan, bentuknya sama seperti Pipa. Alat ini dinamakan Liuqin kerana berbentuk seperti daun pokok villow.

Fungsi
Liuqin digunakan untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat.  Alat ini juga digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina.      

Cara Bermain
Semasa bermain Liuqin, orang duduk dan meletakkan Liuqin pada depan dada dan tangan kirinya memegang Liuqin dan jari memetik tali.

Gambar Persembahan Liuqin


Tayangan Video

Sila rujuk laman web berikut untuk menonton tayang video lain tentang persembahan Liuqin 
https://www.youtube.com/watch?v=lsnpSuGkOaA

14 ulasan:

  1. Saya dulu main Guzheng. Sekarang dah stop...... rasa sesal lepas tengok video di atas. Mungkin saya akan main Guzheng balik

    BalasPadam
  2. Sebenarnya saya amat berminat dalam Guzheng dan Yangqin tetapi tidak ada peluang untuk belajar. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat mempersembahkannya di hadapan rakan-rakan dan ahli keluarga.

    BalasPadam
  3. Selepas melayari blog ini, saya memang tertarik untuk bel ajar semua alat~~~

    BalasPadam
  4. antara semua alat muzik bertali ini saya paling suka pipa 😄

    BalasPadam
  5. Setiap alat muzik mempunyai satu video untuk mengenalinya, bagus!

    BalasPadam