Alat Muzik Pukul

Gendang 24 Musim

Pengenalan
Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang cina atau gendang shigu dalam kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Peralatan ini mempunyai 24 gendang di mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam kalendar Cina.  Dalam kalendar Cina, setiap musim besar (musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin) dibahagikan kepada 6 musim kecil. Oleh itu, dalam satu tahun kalendar Cina terdapat 24 musim kecil. Musim kecil ini  berkaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar Cina, petani akan tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain.

Fungsi
Gendang ini berfungsi untuk mengiringi tarian singa untuk upacara-upacara rasmi dan perayaan, mengadakan persembahan secara solo untuk hari kebudayaan serta untuk membuka tirai ketika melakukan persembahan kebudayaan Cina.

Cara bermain
Semasa bermain gendang, pemain akan memukul dengan menggunakan dua batang tongkat pemukul. Pukulan pada permukaan dan sudut yang berlainan dapat menghasilkan timbre yang berlainan. Bunyi “dung” yang berresonance rendah terhasil apabila bahagian tengah permukaan dipukul. Bunyi “tik” yang berresonance tinggi dan pendek terhasil apabila pemain memukul kedua-dua kayu. Bunyi “tak”pula dihasilkan apabila kayu memukul bahagian tepi gendang. Gendang juga boleh dimainkan dengan menggunakan tapak tangan untuk menghasilkan timbre yang diingini. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat.

Gambar Persembahan Gendang 24 Musim



Tayangan Video


Sila rujuk laman web berikut untuk menonton tayangan video lain tentang persembahan Gendang 24 Musim https://www.youtube.com/watch?v=Ti6OPnPBb3c

3 ulasan: