Alat Muzik Tiupan

Seruling/Zhudi

Pengenalan
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara China. Alat ini juga dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan alat ini diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi. 

Fungsi
Seruling dimainkan dalam bentuk persembahan solo dan juga dalam sekumpulan kecil serta orkestra besar. Selain itu, alat ini dapat memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung.

Gambar Persembahan Seruling

Tayangan Video

Sila rujuk laman web berikut untuk menonton tayang video lain tentang persembahan seruling
https://www.youtube.com/watch?v=egs7OvY9CpY

4 ulasan:

  1. Rupa-rupanya bunyi seruling begitu merdu~ Saya suka seruling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada peluang untuk belajar seruling,cuba untuk belajari alat muzik lar^^

      Padam